13
Jul
09

Surat dari ‘Kekasih’

Saat kau bangun di pagi hari. Aku memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepadaKu, bercerita, meminta pendapatKu, mengucapkan sesuatu untukKu walaupun hanya sepatah kata…

Atau berterima kasih kepadaKu atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu semalam, kelmarin, atau waktu yang lalu. Tetapi kulihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja. Tak sedikit pun kau menyedari aku dekat denganmu.

Aku kembali menanti saat engkau sedang bersiap. Aku tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKu, tetapi engkau terlalu sibuk. Di satu tempat, engkau duduk tanpa melakukan apapun. Kemudian aku melihat engkau menggerakkan kakimu. Aku berfikir engkau akan datang kepadaKu, tetapi engkau berlari ke telefon dan menelefon seorang teman untuk sekadar berbincang-bincang…

Aku melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan aku menanti dengan sabar sepanjang hari namun dengan semua kegiatanmu, Ku fikir engkau terlalu sibuk untuk mengucapkan sesuatu kepadaKu…
Sebelum makan siang. Aku melihatmu memandang ke sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKu, itulah sebabnya mengapa engkau tidak sedikitpun menyapaKu…
Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKu dengan lembut sebelum menyantap makanan yang Kuberikan, tetapi engkau tidak melakukannya….

Ya, tak apalah, masih ada waktu yang tersisa dan aku masih berharap engkau akan datang kepadaKu, meskipun saat engkau pulang ke rumah kelihatan seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.

Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV. Aku tidak tahu apakah kau suka menonton TV atau tidak, hanya saja engkau selalu ke sana dan menghabiskan banyak waktu setiap hari di depannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yang ditampilkan, hingga waktu-waktu untukKu dilupakan…

Kembali aku menanti dengan sabar saat engkau menikmati makananmu tetapi sekali lagi engkau lupa menyebut namaKu dan berterima kasih atas makanan yang telah Kuberikan…

Saat tidur Kufikir kau merasa terlalu letih. Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ke tempat tidur dan tertidur tanpa sepatahpun namaKu kau sebut. Tidak apa-apa kerana mungkin engkau masih belum menyedari bahawa aku selalu hadir untukmu. aku telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari.

Aku bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain. Aku sangat menyayangimu, setiap hari aku menantikan sepatah kata darimu, ungkapan isi hatimu, namun tak kunjung tiba…

Baiklah, engkau bangun kembali dan kembali aku menanti dengan penuh kasih bahawa hari ini kau akan memberiKu sedikit waktu untuk menyapaKu… Tapi yang Kutunggu. Ah tak juga kau menyapaKu. Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh berlalu… dan… kau masih mengacuhkan aku. Tiada sepatah kata, tiada seucap do’a, tiada pula harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU…

Apakah salahKu padamu…? Rezeki yang Ku limpahkan, kesihatan yang Ku berikan, Harta yang Ku relakan untukmu, makanan yang Ku hidangkan , Keselamatan yang Ku kurniakan, kebahagiaan yang Ku anugerahkan… Apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKu???!!! Percayalah. Aku selalu mengasihimu, dan aku tetap berharap suatu ketika nanti engkau akan menyapaKu, memohon perlindunganKu, bersujud menghadapKu… Kembali kepadaKu…

Yang selalu menyertaimu setiap saat,
Tuhanmu:ALLAH SWT

08
Jul
09

Tinta Buat SUAMIKU

from CINA ISLAM (林川興) by DRS. KHALIL IDHAM LIM
Oleh : mohd naim mohd zain
Assalammualaikum wrt wbt.

Buatmu,

Bakal suamiku.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;

“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan. Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi..

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,

Bakal isterimu

—————————–
Mail Forwarder
Formerly known as Tai_Chi_Master

CINA ISLAM (林川興)

06
Jul
09

And, we’ll go first

assalam ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh dear respected brothers and sisters

In Surah Kafiroon, Allah says:

قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ
لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ
وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ
وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ
وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

Translation: Say, “O disbelievers, I do not worship what you worship. Nor are you worshippers of what I worship. Nor will I be a worshipper of what you worship. Nor will you be worshippers of what I worship. For you is your religion, and for me is my religion.” [Surah Kafiroon]

The mushrikeen (polytheists) of Mecca tried many, many different techniques to get the Prophet (salallahu alayhi wa sallam) to stop spreading Islam.

Before this ayah was revealed, they decided to make a pact with him. They said, “Look, how about this–you worship our gods for one year, and we’ll worship your God for one year.” And to sweeten the deal: “And, we’ll go first.”

And they applied the Broken Record technique. Whenever the Prophet (salallahu alayhi wa sallam) would try to speak to them about Islam, they would only repeat this.

And he, salallahu alayhi wa sallam, refused.

Those of you who are wondering why–although it seems on the surface like a fair trade, it’s not. Allah does not forgive shirk, worshipping other than him; not even a single sujood, or a single du’a, none of it is acceptable.

So clearly, this is not a contract the Messenger of Allah could engage with. So he refused.

And he refused.

And he refused.

Then, the Mushrikeen said, “ok, how about this–just speak highly of our gods, and we’ll do the same for you.” A smaller compromise.

And whenever people approached them, they would say, “Well, we’re trying to compromise (like we’re the good ones in this deal–even though we kill our daughters and murder on whims and …), but he’s not agreeing.”

So the Prophet (salallahu alayhi wa sallam) went to the ka’bah.

Mushrikeen were there. And in front of everybody he said:

Qul, yaa ayyuhaal-kaafiroon …

Say, O you people who disbelieve. And the root verb of kafiroon is kafara, which means to be ungrateful. It’s not a nice word. It’s an ugly word. They don’t like being called kaafir.

So don’t be shy! the Messenger of Allah did this, in front of everybody! He didn’t pull any punches! We shouldn’t be embarrassed as Muslims–what’s the worst someone will do? Make fun of you? So then, O Muslim, why are you embarrassed to give The Message to those who are showing interest in it?

Allah has commanded each and every human being to stick their forehead to the ground and worship Him alone. Not just the Muslims. Everybody. It’s from the great honour and nobility of the Muslims that we do what we were created to do.

And about what Allah revealed? Here’s what it means:

* Verse 2: I’m not worshipping what you’re worshipping. (Fi’l Mudaari’–present/future tense).
* Verse 3: And you don’t worship what I worship.
* Verse 4: And I will never worship what you worship.
* Verse 5: And you will never worship what I worship.
* Verse 6: To you is your deen, and to me is my deen.

And deen, commonly translated as religion, doesn’t mean religion; it means your entire way of life, everything from how you eat and drink to clothes you wear to interaction with parents, children, schoolmates, everything.

And after this, the mushrikeen gave up their technique; they realized that it’s not going to work.

Wallahu ta’ala ‘alam.

This surah is also called Surah Tawheed, the surah of oneness (of Allah). It’s a very powerful surah.

source: www.ilmfruits.com

19
Jun
09

Doa untuk Para Aktivis Dakwah

Dilantunkan oleh Allahuyarham K.H. Rahmat Abdullah pada Deklarasi Partai Keadilan
Lapangan Masjid Agung Al-Azhar Jakarta, 09 Agustus 1998, yang diiringi oleh tetesan air mata hadirin.

Ya ALLAH, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia.
Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya.
Engkau pencipta dan pelindungnya

Ya ALLAH, perbaiki hubungan antar kami
Rukunkan antar hati kami
Tunjuki kami jalan keselamatan
Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang
Jadikan kumpulan kami jama’ah orang muda yang menghormati orang tua
Dan jama’ah orang tua yang menyayangi orang muda
Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan kekasaran terhadap sesama hamba beriman
Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan kedengkian

Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar
Wahai yang menyambung segala yang patah
Wahai yang menemani semua yang tersendiri
Wahai pengaman segala yang takut
Wahai penguat segala yang lemah
Mudah bagimu memudahkan segala yang susah
Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran
Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak
Engkau Maha Tahu dan melihatnya

Ya ALLAH, kami takut kepada-Mu
Selamatkan kami dari semua yang tak takut kepada-Mu
Jaga kami dengan Mata-Mu yang tiada tidur
Lindungi kami dengan perlindungan- Mu yang tak tertembus
Kasihi kami dengan kudrat kuasa-Mu atas kami
Jangan binasakan kami, karena Engkaulah harapan kami
Musuh-musuh kami dan semua yang ingin mencelakai kami
Tak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan perantara
Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana kepada kami

“ALLAH sebaik baik pemelihara dan Ia paling kasih dari segala kasih”

Ya ALLAH, kami hamba-hamba- Mu, anak-anak hamba-Mu
Ubun-ubun kami dalam genggaman Tangan-Mu
Berlaku pasti atas kami hukum-Mu
Adil pasti atas kami keputusan-Mu

Ya ALLAH, kami memohon kepada-Mu
Dengan semua nama yang jadi milik-Mu
Yang dengan nama itu Engkau namai diri-Mu
Atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu
Atau Engkau ajarkan kepada seorang hamba-Mu
Atau Engkau simpan dalam rahasia Maha Tahu-Mu akan segala ghaib
Kami memohon-Mu agar Engkau menjadikan Al Qur’an yang agung
Sebagai musim bunga hati kami
Cahaya hati kami
Pelipur sedih dan duka kami
Pencerah mata kami

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Nuh dari taufan yang menenggelamkan dunia

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Ibrahim dari api kobaran yang marak menyala

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Musa dari kejahatan Fir’aun dan laut yang mengancam nyawa

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Isa dari Salib dan pembunuhan oleh kafir durjana

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Muhammad alaihimusshalatu wassalam dari kafir Quraisy durjana, Yahudi pendusta, munafik khianat, pasukan sekutu Ahzab angkara murka

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Yunus dari gelap lautan, malam, dan perut ikan

Ya ALLAH, yang mendengar rintihan hamba lemah teraniaya
Yang menyambut si pendosa apabila kembali dengan taubatnya
Yang mengijabah hamba dalam bahaya dan melenyapkan prahara

Ya ALLAH, begitu pekat gelap keangkuhan, kerakusan dan dosa
Begitu dahsyat badai kedzaliman dan kebencian menenggelamkan dunia
Pengap kehidupan ini oleh kesombongan si durhaka yang membuat-Mu murka
Sementara kami lemah dan hina, berdosa dan tak berdaya

Ya ALLAH, jangan kiranya Engkau cegahkan kami dari kebaikan yang ada pada-Mu karena kejahatan pada diri kami

Ya ALLAH, ampunan-Mu lebih luas dari dosa-dosa kami
Dan rahmah kasih sayang-Mu lebih kami harapkan daripada amal usaha kami sendiri

Ya ALLAH, jadikan kami kebanggaan hamba dan nabi-Mu Muhammad SAW di padang mahsyar nanti
Saat para rakyat kecewa dengan para pemimpin penipu yang memimpin dengan kejahilan dan hawa nafsu
Saat para pemimpin cuci tangan dan berlari dari tanggung jawab
Berikan kami pemimpin berhati lembut bagai Nabi yang menangis dalam sujud malamnya tak henti menyebut kami, ummati ummati, ummatku ummatku
Pemimpin bagai para khalifah yang rela mengorbankan semua kekayaan demi perjuangan
Yang rela berlapar-lapar agar rakyatnya sejahtera
Yang lebih takut bahaya maksiat daripada lenyapnya pangkat dan kekayaan

Ya ALLAH, dengan kasih sayang-Mu Engkau kirimkan kepada kami da’i penyeru iman
Kepada nenek moyang kami penyembah berhala
Dari jauh mereka datang karena cinta mereka kepada da’wah
Berikan kami kesempatan dan kekuatan, keikhlasan dan kesabaran
Untuk menyambung risalah suci dan mulia ini
Kepada generasi berikut kami
Jangan jadikan kami pengkhianat yang memutuskan mata rantai kesinambungan ini
Dengan sikap malas dan enggan berda’wah
Karena takut rugi dunia dan dibenci bangsa

12
Jun
09

Muhandisun fi Sabilillah

“…bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada ALLAH). Dan sedikit sekali dari hamba-hamba- Ku yang bersyukur.”

( Saba ’[34]:13)

Mudah-mudahan mulut ini, tangan ini, kaki ini, tubuh ini, seluruh deriaku ini, akan tetap terus kekal dalam keadaan memuji ALLAH Rabbul Izati. Sebagai tanda syukur. Sebagai tanda kehambaan. Sebagai tanda ketergantungan. Mudah-mudahan seorang yang bernama Muhammad B. Abdullah, kita berselawat dan mengucapkan salam kesejahteraan ke atasnya, akan hadir dalam hatiku ini sebagai sang kekasih dan idola abadi. Di atas cinta yang ia curahkan. Atas pengorbanan yang ia lakukan. Atas teladan yang ia berikan. Buat para sahabatnya, yang telah mencintainya sepenuh hati, yang telah membelanya dengan darah dan air mata, dan telah menemani liku-liku kehidupannya, mudah-mudahan selawat serta salam ini dicurahkan di atas sikap mereka itu, di atas usaha mereka itu, di atas pengorbanan mereka memancarkan cahaya Islam itu. Juga para pengikut mereka, dikalangan tabi’in, tabiit tabi’in, ulama’ wal mujahidin, serta seluruh individu mahupun kelompok yang menyatakan cinta pada ALLAH, dan cinta pada Rasul, dan ungkapan cinta mereka itu, tidak khusus di mulut semata, melainkan terserlah pada amal perbuatan mereka, pada gerak tari karya mereka, pada hati dan nurani mereka. Sehingga ALLAH berkenan memberikan mereka salah satu daripada dua kemenangan: mereka hidup mulia dengan Islam itu kembali mulia, seperti mana kata-kata Umar al-Khattab: “kita adalah suatu kaum yang telah dimuliakan oleh Islam, dan kita tidak akan pernah mulia, ketika mana kita mencari kemuliaan di luar daripada Islam.” Atau, ALLAH memberikan kita alternatif kemenangan kedua, menamatkan kisah kehidupan ini seraya bergelar “syuhada’” di jalan-Nya. Itulah kemenangan yang abadi, yang tak mampu diraih oleh sebarangan orang. Itulah “seni mati” –andainya mati itu pun berseni- yang paling indah sekali.

Tuan-tuan dan puan-puan, sahabat yang kukasihi,

Dalam ayat al-Quran di atas, ALLAH SWT menjelaskan, bahawa tujuan ALLAH ar-Raziq (Satu-satunya Pemberi Rezeki) menganugerahkan kepada kita “kerja” –sama ada kerja itu sebagai engineer, atau doktor, atau cikgu, atau manager, atau operator pengeluaran lain sebagainya- adalah supaya dengannya kita mampu bersyukur seperti mana yang diperintahkan kepada keluarga Daud. Kerana itulah etika dalam kita berakhlak dengan ALLAH; bahkan sesama manusia pun. Bila saja ada pihak yang berbuat baik dan berbakti kepada kita, maka sudah sewajarnya balasan yang setimpal, atau setidak-tidaknya ucapan “terima kasih” kita hadirkan untuk-Nya. Nah, bukankah karier yang sedang kita harungi, atau universiti yang sedang kita telusuri, adalah suatu nikmat pemberian ALLAH? Bahkan semua anugerah di bumi ini, yang kita disuruh untuk mencarinya, untuk memakmurkannya (Surah Hud[11]:61), adalah untuk melahirkan insan-insan yang tahu bersyukur kepada ALLAH. Perhatikanlah ayat ini:

“Dan tiada sama (antara) dua laut; yang ini tawar, segar, sedap diminum dan yang lain asin lagi pahit. Dan dari masing-masing laut itu kamu dapat memakan daging yang segar dan kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang dapat kamu memakainya, dan pada masing-masingnya kamu lihat kapal-kapal belayar membelah laut supaya kamu dapat mencari kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur.”

(al-Fathir[35] :12)

Ya sahabatku, “supaya kamu dapat mencari kurnia-Nya”. Maka laksanakanlah profesion mu itu, apa pun ia, dengan amanah, dedikasi, bersungguh-sungguh dan penuh profesionalisma. Inilah yang diutarakan baginda Nabi, ketika menyatakan kerja itu harus dilakukan dengan “itqan”, iaitu dengan berkualiti. Tetapi, ALLAH melanjutkan lagi ayat tadi, seraya mengakhirinya dengan menyebut “supaya kamu bersyukur”. Benarkah kita bersyukur, ketika pembantaian dan penghinaan oleh musuh-musuh terhadap umat Islam, yang kini mereka berani melakukannya secara terangan-terangan -di Bosnia, di Palestin, di Ambon, di Chehnya, di Kashmir (baca surat khabar, seorang remaja wanita akan menyaman sekumpulan Hindu yang merogolnya secara “gang rape”), di Afghan, di Iraq (tidak cukupkah gambar-gambar di akhbar tentang tahanan Abu Gharib), dan kini semakin menghampiri negara ketika, ketika menular pula di Selatan Thai- sedangkan kita duduk berdiam dibuai lena? Sedangkan kita beralasan, perjuangan harus ditangguhkan. Tunggu habis kuliah dulu. Tunggu siap assignment dulu. Tunggu settle test dulu. Tunggu dah berhenti kerja dulu. Bayangkan, kalau andainya yang dirogol oleh musuh-musuh itu adalah isteri kita, atau ibu kita, adakah kita mahu katakan pada mereka “mak, tunggu dulu. Esok saya ada exam. Tunggu saya habis exam, baru saya tolong mak daripada dirogol,” Begitu?? Bayangkan andainya kita di situasi saudara-saudara seIslam itu, agak-agak apa perasaan ketika, ketika umat Islam yang lain tidak mahu membantu, bahkan hidup selesa dengan dunia masing-masing.

Muslimin dan muslimat yang kukasihi,

Maafkan daku, kerana entah mengapa kebelakangan ini, jiwaku semakin meronta. Hatiku semakin terluka. Fikiranku semakin terganggu. Kerana aku merasakan, ketika aku duduk selesa mengharungi kerjayaku di pejabat, ada saudara-saudaraku di belahan bumi sana yang meronta-ronta, merintih-rintih pertolonganku. Hati aku tersiksa, kerana aku seakan-akan tidak melakukan apa-apa, bahkan memang tak melakukan apa-apa!!! Aku terluka ketika ada sahabat-sahabat yang ingin ku raih simpatinya, sedangkan ia lebih selesa melayani keseronokan dunia. Sayang, kerana urusan dunia, kita sanggup ke mana-mana, melakukan apa sahaja. Tetapi dalam urusan melabur dalam saham Akhirat, kita banyak berdalih lagi banyak beralasan.

Aku engineer!! Tetapi kenapa aku tidak mampu menjadi seorang Fathi Yakan, yang, sungguhpun memegang degree dalam bidang engineering, tetapi mampu menulis puluhan buku-buku yang menjadi rujukan umat Islam seluruh dunia. Aku seorang engineer!! Tetapi kenapa aku tidak mampu menjadi seorang Yahya Abasy, yang dengan ilmu engineering yang ia ada, berkat niatnya belajar dulu pun kerana ALLAH, lalu jadilah ia rakyat Palestin pertama tahu membuat bom, lalu diajarkan ilmu kepada rakyat Palestin lain, hingga paling tidak, adalah juga sedikit senjata untuk berdepan kelengkapan tentera rejim Zionis. Aku seorang engineer,!! Tetapi kenapa aku tidak mampu menjadi seperti seorang Tifatul Sembiring, yang dalam kesibukannya sebagai jurutera, ia masih sanggup mentarbiyah masyarakat Indonesia, sehingga gelombang kesedaran dan kebangkitan “berombak” di sana (lihat saja surat khabar. Berapa ratus ribu umat Indonesia yang hadir dalam demonstrasi membantah kekejaman US , kekejaman Zionis, dan sebagainya) sehingga beliau layak dilantik sebagai Presiden Partai Keadilan Sejahtera?

Lalu, untuk apa aku jadi engineer, kalau kiranya ilmu yang aku pelajari, sepanjang tempoh 4 tahun mengharungi alam kemahasiswaan, gagal untuk membantu aku melihat keagungan dan kehebatan “ALLAH engineering” dibandingkan dengan kedhaifan dan kekerdilan “human engineering”. Kenapa perasaan ketergantungan itu tidak hadir di dalam diriku? Sehingga sentiasa ingin meraih, dan merintih belas kasih ALLAH? Kenapa perasaan kekerdilan itu luput dari dalam diriku? Sehingga sentiasa tunduk patuh pada perintah dan ajaran rasul-Nya?

Apalah bezanya aku dengan seorang Ah Chong, atau Ah Chai, atau Rajasamy, atau Hey Raju, atau Funakoshi, kiranya perananku sebagai engineer tidak banyak berbeza dengan mereka? “Dan orang-orang Kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatinya sesuatu apa pun. Dan didapatinya (ketetapan) ALLAH di sisinya, lalu ALLAH memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan ALLAH sangat cepat perhitungan- Nya” (an-Nur[24]: 39).

Sahabat, betapa celakanya diriku ini, kerana hidup aku tidak pernah membawa erti! Membawa erti pada perjuangan membela agamanya. Bererti terhadap usaha menyebarkan agamanya. Bererti terhadap liku-liku hidupnya sujud menyembah Ilahi.

Sahabat, tolonglah diriku! Betapa lama diriku hidup lalai dibuai keseronokan dunia. Dan betapa ramai kawan-kawan yang aku jerumuskan ke lembah “tahyul” nukilan Syaitan durjana, sedang kini, setelah di”langgar” hidayat, aku gagal membawa mereka ke cahaya keredhaan-Nya!

Lalu aku terluka lagi, ketika mana membaca surat saudariku si fatima , yang dikirimkan lewat email oleh 2 orang kanalanku (satu dalam BI, satu dalam BM), yang bunyinya begini:

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.” [Qur'an, Surat 112 "al-Ikhlas"]

Saya memilih surah yang suci ini daripada kitabullah kerana ia memberi satu kesan yang besar keatas saya dan ke atas kamu semua dan ia membawa kesan yang besar dan kesedaran di dalam hati orang-orang yang beriman.

Saudaraku para mujahiddin yang berjuang pada jalan Allah SWT! Apa yang dapat saya katakan kepada kamu semua? Ingin saya nyatakan kepada kamu: Perut kami telah dipenuhi oleh anak-anak haram yang dilakukan oleh para haiwan dan babi yang telah memperkosakan kami. Atau saya boleh katakan kepada kamu bahawa mereka telah menelanjangkan kami, meludah ke muka kami dan mengoyak ayat al-Quran yang tergantung pada leher kami? Allahu Akbar! Dapatkah kamu memahami keadaan kami? Adakah benar kamu tidak tahu menahu apa yang telah berlaku kepada kami? Kami adalah adik-adik kamu. Allah SWT pasti akan menyoal kamu mengenainya kelak.

Demi Allah, tidak pernah kami melalui satu malam semenjak kami berada di penjara ini tanpa dilompt oleh para haiwan dan babi tersebut untuk mengoyakkan tubuh kami dengan rakusnya. Dan kami telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi perawan kami demi kerana takutkan allah SWT. Takutlah kamu kepada Allah! Bunuhlah kami semua berserta dengan mereka! Hancurkanlah kami bersama-sama dengan mereka! Jangan tinggalkan kami di sini untuk dijadikan sebagai bahan melepas nafsu ganas mereka dengan memperkosa kami! Ia merupakan satu tindakan yang boleh menggoncang arasy Allah SWT. Takutlah kepada Allah berhubung dengan kami! Tinggalkanlah kereta kebal dan pesawat mereka di luar sana . Datanglah kepada kami di sini di penjara Abu Gharaib.

Saya adalah adik-adik kamu pada jalan Allah (Fatimah). Mereka telah memperkosakan kami lebih dari sembilan kali dalam satu malam. Bolehkah kamu memahaminya? Bayangkanlah salah seorang daripada adik-adikmu diperkosakan. Kenapa kamu semua tidak boleh membayangkannya, sedangkan saya adalah adikmu. Bersama-sama saya terdapat 13 orang gadis yang lain, kesemua mereka belum berkahwin. Kesemua mereka telah diperkosakan dihadapan mata dan telinga setiap orang.

Mereka tidak membenarkan kami menunaikan solat. Mereka membuang pakaian kami dan tidak membenarkan kami memakainya. Semasa saya menulis surat ini, salah seorang daripada gadis tersebut telah membunuh diri. Beliau telah diperkosa secara rakus dan zalim. Seorang tentera telah memukul dada dan pinggangnya setelah beliau memperkosakannya. Beliau telah dijadikan mangsa penderaan dan penyiksaan. Beliau telah menghantuk kepalanya ke dinding sehingga beliau mati, kerana beliau tidak dapat menahannya lagi, walaupun membunuh diri adalah haram menurut Islam. Tetapi saya memaafkan gadis tersebut. Saya juga berharap agar Allah SWT mengampun segala dosanya, kerana Dia adalah Maha Pengampun!

Saudaraku! sekali lagi ingin saya katakan, takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati keamanan. Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah! [Wa Mu'atasima!]”

Sebaik sahaja selepas itu, lebih kurang seramai 100 pejuang mujahiddin melancarkan serangan besar-besaran ke atas penjara Abu Gharaib, memaksa tentera kafir AS berselindung di dalam berek mereka dalam kawasan penjara. Pejuang mujahiddin telah melancarkan mortar 82mm dan 120mm ke arah tentera kafir Amerika. Orang ramai berkumpul secara beramai-ramai di luar penjara, bimbang jika mortar tersebut mengenai para tawanan yang berada di dalam penjara tetapi mereka telah diberi jaminan oleh pejuang mujahiddin yang berkata bahawa mereka tahu kedudukan penjara tersebut.

Wartawan Mafkarat al-Islam di Baghdad melaporkan bahawa pejuang mujahiddin telah berjaya memusnahkan sebahagian besar dinding penjara, menyebabkan lubang sebesar empat meter di dalam dan di luar pagar yang mengelilingi penjara tersebut.

Nasib Fatima dan lain-lain gadis bersamanya masih belum dapat diketahui.

Pada nota terakhir, seorang individu telah menjawab surat Fatima semalam dalam laman web Ansar dengan menulis:

“Maaflah adikku, kami bukanlah lelaki yang sebenar. Hanya lelaki yang sebenar sahaja boleh menjawab tangisan kamu memohon pertolongan. Kami tidak mempunyai bekalan yang cukup beberapa hari ini. Maaf sekali lagi, wahai adikku.”

Lalu aku bertanya diriku, untuk apa kehidupanku ini? Apalah bezanya dengan sang kafir, kiranya hidup hanya ku layari demi mencari sesuap nasi. Sedang Nabiku dulu rela berlapar demi menjamin kebahagiaan ku di perkampungan Akhirat nan abadi.

Lalu aku bertanya diriku, kiranya aku yang berada di medan Uhud, adakah aku akan menjadi bak para sahabat, yang membela, mempertahankan dan menjadi perisai kepada baginda Nabi dengan jasad dan jiwa mereka, atau aku akan berfikir berkali-kali soal mak ayah, soal kerja, soal motor lain sebagainya?? ?

Wahai sahabat, tolonglah aku!! Betapa aku tidak layak menjadi umat seorang Nabi semulia ini!! Yang ketika sampai di puncak dan kemuncak segala ketenangan, keindahan, kesenangan dan kekayaan, itulah Syurga Firdausi, ketika di mikrajkan oleh ALLAH, lalu tiba-tiba ia mengundur kembali. Mengundur untuk kembali ke bumi. Meninggalkan segala keteduhan nikmat dan rahmat ALLAH itu. Untuk berglumang dengan suatu potret kehidupan yang penuh kedukaan, penghinaan dan penderitaan. Lalu untuk apa baginda turun kembali kebumi? Kerana cinta!!! Ya, kerana cintanya padaku.

Sahabat! Betapa aku tidak layak mendapat rahmat kasih sayang Tuhan ini! Nikmat pancaindera ketika ada yang dilahirkan cacat. Nikmat nyawa ketika ada yang belum lahir sudah mati. Nikmat menjadi engineer ketika ramai yang masih menganggur. Nikmat Islam ketika ramai yang masih Kafir. Kerana dengan berbondongnya nikmat ALLAH ini, aku pula “menggari” tanganku daripada membela agama-Nya sebagai tanda kesyukuran dan kehambaan.

Inikah ertinya ikrarku setiap kali doa iftithah ku bacakan dalam solat “sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah kerana ALLAH  Rabb segala alam”. Atau, aku bangkit dan melangkah kaki, mencari ruang-ruang sumbangan yang mampu aku hulurkan?

Semaklah kembali syair Abdullah Ibnu Rawahah menjalang kematiannya di medan peperangan:

Hai jiwa!

Kau harus turun berlaga

Atau, kupaksa kau turun

Telah lama kau hidup tenang

Mengapa kau tampak enggan untuk menggapai Syurga

Ingatlah, kau hanya setetes air mani yang hina

Semaklah kembali kata as-Syahid Hassan al-Banna: “Sesungguhnya kita ini mulia kerana ALLAH, dan tidak akan pernah hina selamanya bila adanya kemuliaan daripada ALLAH. Kita kaya kerana ALLAH, dan tidak akan pernah miskin selamanya bila berada di bawah perbendaharaan ALLAH. Kuat kerana ALLAH, dan tidak akan pernah lemah selamanya bila kita berada di sisi ALLAH”

Ya Tuhanku, andainya dikau tidak mentakdirkan daku untuk bahkan mencium bau Syurga-Mu –dan memang aku bahkan tak layak untuk semua itu- setidak-tidaknya didiklah diriku agar aku dapat menyelamatkan diri dari seksa Neraka-Mu…..

Nota: Artikel lama, ditulis pada 24hb Disember 2004 dan sepatutnya disampaikan pada MABIT (Malam Bina Iman Taqwa) pada 8 Januari 2005 yang lalu di Shah Alam. Alhamdulillah, program itu berhasil dan berjaya! Tuan-tuan dan puan-puan dijemput datang pada MABIT akan datang.

Thank you.

“The believers, in their love, mercy, and kindness to one another are like a body: if any part of it is ill, the whole body shares its sleeplessness and fever” -Prophet Muhammad (P.B.U.H.)

Best Regards,

Faridul Farhan Abd Wahab

Electrical Engineer

Jimah O&M Sdn. Bhd.

2 x 700MW Coal Fired Power Plant Project

PT 7308 & PT 7309,

Mukim Jimah, Daerah Port Dickson,

Negeri Sembilan Darul Khusus.

(Tel: 06-658 1158/ 06-658 1149 Ext: 1090)

Email:   faridul@jimahev. com

visit http://www.harunyahya.com

03
Jun
09

Bahan istimewa untuk DAIE memburu PHD

Adakah anda (seorang da’i) mempunyai masalah seperti berikut:

1. Merasa sukar untuk mengendalikan halaqah keluarga?

2. Mempunyai masalah untuk mencari mad’u?

3. Merasa kekok bila berhadapan dengan mad’u?

4. Sering bermasalah ketika hendak memberi penyampaian/tazkirah?

5. Kekurangan tips untuk menjadi dai’ murabbi?

6. Kekurangan tips untuk cara-cara keluar berdakwah?

7. dan lain-lain yang berkaitan???

MAKA…Berusahalah untuk memiliki buku-buku berikut:

1. “Menjadi Merobbi Sukses” – Satria Hadi Lubis

2. “Profil Murabbi Ideal” – Abdul Hamid Al-Bilali

3. “Rahsia Kesuksesan Halaqah” – Satria Hadi Lubis

4. “Buku Pintar Mengelola Halaqah” – Satria Hadi Lubis

5. “Membina Rumah Dengan Taqwa” – Dr ‘Aid Al Qarni

6. “Tentukan Cara Anda Utk Sukses” – Dr ‘Aid Al Qarni

Buku-buku yg disebutkan boleh dikategorikan sebagai
bahan dakwah kotemporari, amat sesuai sebagai langkah
mula atau memperbaiki/memperbaharui langkah yg sedia
ada.

NOTA: PHD = Pakar Halaqah & Dakwah
PHD dalam bidang ini tidak akan habis-habis sehingga
kita dijemput oleh-Nya dan sesi viva (oral exam) akan
diadakan sebanyak 2 kali – alam barzakh & hari hisab
kelak.

Semuga Allah memberi kekuatan kpd kita untuk memahami
dan melaksana.Mudah2-an bermunafaat dan dimunafaatkan.

*Emel dari ukhti Amirah

02
Jun
09

Satu Penerbangan

1 Penerbangan

Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu Kubur dan Akhirat.

- Maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.

-  Penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.

-  Bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita.

-  Bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton.

-  Pewanginya bukan Channel atau Polo, tetapi air mawar dan cendana.

-  Pasport kita bukan Malaysia , British atau American, tetapi Al-Islam.

-  Visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi ‘Lailaillah’.

-  Pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.

-  Layanan dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.

-  Destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.

-  Ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.

-  Pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland , Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.

-  Tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.

-  Lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.

-  Destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.

-  Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan.

-  Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan.

-  Jangan risaukan delay, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

-  Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.

-  Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.

Ya! Berita Baik!!

- Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini Oleh itu bergembiralah selagi boleh! ’sekiranya’ anda boleh!

Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa ‘amaran’ Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

Spaceman_1_i

Sidi Ahmad Al-Zarruq menukilkan: “Aturlah ibadahmu dan kamu akan mendapati masamu menjadi panjang disebabkan oleh barakah yang ada padanya”

01
Jun
09

Nasihat 44: Jauhilah Sifat Sombong

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang di dalam hatinya terdapat rasa sombong seberat biji sawi, maka Allah akan mencampakkan wajahnya ke dalam api neraka” (HR. Ahmad)

Sombong – wahai anak-anakku – adalah rasa kagum kepada diri sendiri dan merasa lebih tinggi daripada yang lain. Apakah kamu mengetahui biji sawi? Tanyakanlah kepada penjual rempah-rempah. Anda akan dapatkan daripadanya biji yang kecil dan ringan yang bentuknya tidak lebih besar daripada sebutir pasir. Sesiapa dalam hati dan perasaannya terdapat rasa sombong seberat biji sawi, maka Allah s.w.t akan mencampakkan wajahnya ke dalam api neraka.

Dalam hadis nasihatnya, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan “Sesiapa yang di dalam hatinya terdapat rasa sombong seberat biji sawi…” dan tidak mengatakan “dalam akalnya” kerana sumber perasaan yang pertama adalah hati. Dan sombong pada hakikatnya adalah kosong.

Seorang ayah dan anaknya mengunjungi sebuah perkebunan gandum yang bulirnya sudah saatnya masak dan sesuai untuk dituai. Akan tetapi anak tersebut lebih kagum kepada bulir yang lebih tinggi daripada bulir yang lain, lalu dia mendekati dan memetiknya. Si ayah menanyakan apa yang diperbuatnya. Katanya dia kagum kepada bulir tersebut dan menurutnya pasti akan lahir biji yang banyak dari bulir tersebut. Si ayah tersenyum, dipegangnya bulir tersebut dan diramas hingga hancur. Tidak ada satu biji pun di dalamnya. Kemudian dia berkata lagi kepada anaknya:

Anakku, bulir-bulir yang penuh dengan biji

Akan membuatnya semakin merunduk

Sedangkan bulir-bulir yang kosong

Kepalanya akan tetap tinggi

Demikianlah wahai anak-anakku, kekosongan dapat menimbulkan rasa sombong. Ada yang bertanya, apakah sampai ini balasan bagi orang-orang yang sombong iaitu dicampakkan wajahnya ke dalam api neraka? Sekarang kita bahas masalah tersebut dengan singkat.

Sesungguhnya perasaan sombong, sebagaimana yang telah kamu ketahui, adalah perasaan kagum terhadap diri sendiri. Merasa bangga terhadap kehebatan diri sendiri merupakan buah dari perasaan lebih tinggi dibandingkan dengan yang lain. Padahal, perasaan lebih tinggi tidak dibolehkan dimiliki oleh manusia. Ia hanya milik Allah s.w.t

Orang yang sombong seakan-akan ingin menandingi Allah dan menyerupai nama-namaNya yang mulia. Ini adalah kekafiran yang nyata. Oleh sebab itu, benarlah apa yang dikatakan dalam Al-Quran:

zumar

Sombong atau takbur timbul kerana kenikmatan dunia seperti kekayaan atau kecantikan. Kedua-duanya adalah sesuatu yang cepat lenyap dan tidak abadi.

Tentang harta dan kurnia besar yang diterimanya, Nabi Sulaiman a.s berkata:

al-naml

Demikian pula dengan ketampanan dan kebagusan wajah yang dimiliki Nabi Yusuf a.s. Semua itu tidak melalaikannya. Bahkan semua itu menjadi fitnah, ujian, kesabaran, dan akhirnya keselamatan baginya. Kecantikan akan layu bersamaan dengan bertambahnya usia, dan ini apabila tidak ditimpa bencana atau musibah.

Rasulullah s.a.w. bersabda tentang orang-orang yang sombong, yang di dalam hatinya perasaan sombong seberat biji sawi “Allah akan mencampakkan wajahnya ke dalam api neraka.” Mengapa beliau tidak mengatakan “membangkitkannya?” Dan mengapa mencampakkan wajahnya?

Kamu dengar ucapan orang tentang seorang yang sombong, “hujung hidungnya menghadap ke langit”. Maksudnya dia meninggikan hidungnya kerana hidung tersebut adalah anggota wajah yang paling nampak. Oleh sebab itu, mencampakkan wajahnya adalah hal yang sesuai. Sungguh benar apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w.

50 Nasihat Rasulullah Untuk Kanak-Kanak

Muhammad Ali Qutb

31
May
09

50 Nasihat Rasulullah Untuk Kanak-Kanak

DSCN4617

Buku Khamsun Nasihah an-Nabawiyah Min ar-Rasul li at-Tifl al-Muslim, 50 Nasihat Rasulullah Untuk Kanak-Kanak mesti dimiliki oleh setiap peringkat uisa sama ada ibu bapa sebagai pendidik, remaja mahupun kanak-kanak yang baru melangkah ke alam persekolahan. Penulis buku ini, Muhammad Ali Qutb, mengemukakan hadis-hadis Rasulullah yang berkaitan dengan pembentukan akhlak anak-anak. Ada juga hadis yang umum sesuai untuk orang dewasa dan remaja.

Jumlah remaja pada ketika ini lebih mendominasi dibandingkan dengan mereka yang telah lanjut uisa. Apabila kita dapat membentuk dan mendidik diri kita dan anak-anak sesuai dengan panduan yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w nescaya akan tercipta generasi yang unggul, menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dan sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia.

Justeru, ana mengajak diri ana khususnya, rakan2 yang sudah dikurniakan cahaya mata mahupun bakal melahirkan zuriat yang soleh serta pembaca yang budiman untuk sama-sama menghayati nasihat yang disampaikan oleh junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Ana akan mengetengahkan beberapa nasihat daripada buku ini untuk gambaran kepada pembaca semata-mata. Mungkin juga  sebagai nasihat dan peringatan penting untuk kita yang selalu terlalai dan terlupa.

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas pemimpin dakwah, Rasulullah s.a.w, juga kepada keluarga, sahabat dan para pengikutnya. Kita memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan diri dan perbuatan kita sendiri.

13
May
09

Laman Berita




 

December 2009
M T W T F S S
« Jul    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Categories

Archives